25 Januari 2013 - 20:30

Kewujudan perselisihan dan krisis adalah suatu perkara yang biasa, namun bahaya sekiranya kita tidak tahu bagaimana hendak menghadapi krisis

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sempena Maulud Nabi (s.a.w) Sayid Hasan Nasrullah menyampaikan ucapannya tentang kelahiran Rasulullah, transformasi dunia, ringkasan pilihanraya Israel dan situasi dalaman Lubnan. Selain itu beliau turut menilai tindakan menghina peribadi mulia Nabi (s.a.w) sebagai aksi mewujudkan ikhtilaf di kalangan penganut agama Islam dan Masihi.Beliau berkata, "Penghinaan ini sudah dirancang lebih awal dan sudah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk membersihkan nama Nabi (s.a.w)"."Perkara ini dianggap serangan dan keraguan yang dicetuskan dalam proses untuk menghapuskan keperibadian suci Rasulullah," ujar beliau.Sayid Hasan Nasrullah turut memberi amaran terhadap fitnah dalam negara Lubnan. Kata beliau, "Hendaklah kita berwaspada, sebahagian regim-regim Arab yang berseteru dengan Iran, secara langsung menamakannya sebagai perbalahan Sunni dan Syiah, sementara itu pertelagahan Sunni dan Syiah adalah faktor perang Iran-Iraq, seterusnya menjadi peperangan yang paling bahaya di rantau tersebut."Setiausaha Agung Hizbullah menambah, peperangan antara Bani Umayah dan Bani Abbasiyah dalam sejarah bukanlah berbentuk fanatik kaum. Kebanyakan peperangan dan perbalahan berpunca dari perselisihan  politik, tidak ada kaitan dengan agama dan kabilah. "Kewujudan perselisihan dan krisis adalah suatu perkara yang biasa, namun bahaya yang timbul ialah jika kita tidak tahu bagaimana hendak menghadapi krisis," ujar beliau.Beliau turut menyatakan bahawa Lubnan juga termasuk negara-negara Arab yang menerima kesan dari revolusi Arab dan ketegangan di rantau.Sambil menolak kewujudan perselisihan dalam negara, beliau menegaskan, "Identiti perbalahan terkini jauh dari masalah perkauman. Peningkatan ketegangan dan perselisihan  telah bertukar menjadi cabaran besar dalam dunia Arab."